ATIE,
Selangor
TALAK boleh jatuh sekiranya suami menggunakan kata-kata seperti di atas.
Bagaimanapun, ia perlu disahkan di mahkamah syariah dengan melaporkan perkara berkenaan.
Apabila ia disahkan sebagai perceraian, suami masih boleh rujuk kepada isteri dalam masa edah sekiranya ia dalam perceraian raj’i (boleh rujuk) bukannya dalam perceraian talak tiga.
Dalam masa itu, puan masih boleh tinggal di rumah suami dan suami pula boleh berada sama. Tindakan itu boleh memperbaiki hubungan dalam masa terdekat sehingga berlaku rujuk apabila suasana kembali tenang.
Rujuk boleh berlaku dengan perkataan atau perbuatan seperti sentuhan, ciuman dan persetubuhan menurut pandangan ulama lain. Namun, mazhab Shafie mengiktiraf rujuk melalui kata-kata saja.
No comments:
Post a Comment