Parti Rakyat Malaysia
Malaysian People's Party
(PRM) |
 |
Ketua |
Dr. Rohana Ariffin |
Diasaskan |
11 November 1955 |
Ibu pejabat |
21B(F), Jalan 6, Taman Selayang Indah, 68100 Batu Caves, Selangor.
012-2766551 (Koh Swe Yong - S/U Agung PRM) |
Tapak web |
Blog Rasmi PRM
Blog Lama PRM |
Parti Rakyat Malaysia (singkatan:
PRM) atau
Malaysian People's Party merupakan sebuah
parti politik di
Malaysia.
Sejarah
- Penubuhan Parti Rakyat 1955
Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di
Malaysia yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri
Ahmad Boestamam dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada
11 November 1955. Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh
Sukarno, parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/
Indonesia. Parti ini bertentangan dengan sifat
UMNO
yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah
sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan
sepenuhnya daripada penjajahan
British.
- Kerjasama Barisan Sosialis
Pada era
1950-an dan
1960-an,
Barisan Sosialis atau
Socialist Front (SF) atau nama penuhnya
Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada
Parti Rakyat Malaya,
Parti Buruh Malaya dan
Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK)
[1] bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di
Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak ber
haluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan
Perikatan pimpinan
UMNO. Pada
1963, sejurus selepas kejadian
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli
politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan
ditangkap ialah pemimpin
Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM),
Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta
Abdul Aziz Ishak (ketua
GERAM), Datuk
Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM),
Tan Kai Hee,
Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar,
Hasnul Hadi,
Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.
Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat
tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi
rusuhan kaum
Peristiwa Mei 13
pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan
memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya
dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah
kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.
- Penukaran Nama Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) 1970
Pada tahun
1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh
Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi
sosialis
lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat
bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan
perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat
momokan bahawa parti ini mirip kepada
komunis. Diatas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah
ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan
PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun
1980-an, Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.
Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti
Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama
parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang
berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi
sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr.
Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru,
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.
- Perpecahan, Pembubaran dan Pergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) 2003
Semasa berlaku gerakan
Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu
Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang dipimpin oleh Bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya,
Wan Azizah Wan Ismail,
kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara
dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan
Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah
Syed Husin Ali.
Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan
keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada
3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai
Parti Keadilan Rakyat
(PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan
ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden
PKR.
Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak
menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada
17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di
Johor Bahru
dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti.
Ini menyebabkan 8 orang bekas pemimpin PRM yang telah menyertai PKR,
antaranya timbalan presiden PKR Dr.
Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen
Subang Jaya R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat PKR Dr.
Sanusi Othman (bekas setiausaha agung PRM), naib ketua pemuda PKR
Faizal Sanusi (bekas Ketua Angkatan Muda PRM), ketua penerangan PKR
Latheefa Koya (bekas AJK Angkatan Muda PRM ), AJK pusat PKR yang dilantik
Ban Ah Kam (bekas AJKP PRM yang dilantik),
Lim Yong Pang (bekas AJKP PRM) dan
Tai Kim Tat
(bekas AJKP PRM) memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan, namun
Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan bahawa penolakan ROS terhadap
permintaan bekas pemimpin PRM tersebut untuk membubarkan PRM adalah sah
kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk
berbuat demikian di dalam kongres khas parti dan Kongres khas ini tidak
diadakan oleh pemimpin tersebut. Tambahan lagi, pemohon petisyen agar
PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai
locus standi kerana mereka telah meninggalkan parti.
[2] Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut
Pendaftar Pertubuhan (ROS)
[3] dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 2008.
Presiden PRM
Presiden |
Tempoh |
Ahmad Boestamam |
1955-1966 |
Kassim Ahmad |
1965-1980 |
Kampo Radjo |
1980-1989 |
Syed Husin Ali |
1989-2003 |
- Kosong - |
2003-2005 |
Hassan Abdul Karim |
2005-2009 |
Ariffin Salimon (Pemangku) |
2009-2010 |
Dr. Rohana Ariffin |
2010-kini |
No comments:
Post a Comment