KUALA
LUMPUR – “Setakat ini saya dan Sharnaz masih tidak berpeluang duduk bertentang
mata atau semeja seperti ini dengannya. Jadi saya tidak ada apa-apa jawapan jika
ditanyakan tentang dia,” jawab ND Lala apabila portal murai.com.my bertanyakan
pendapat peribadinyanya tentang pelakon kacak, Sharnaz Ahmad yang dikatakan
sedang hangat bercinta dengan Shila Amzah.
Bagaimanapun
ND Lala mengakui bahawa isterinya iaitu ibu kepada bintang popular Shila Amzah
sering bersua muka dengan Sharnaaz dalam beberapa majlis yang dihadiri.
Tidak
mahu anaknya kesayangannya itu dibuai dengan gosip yang hanya membawa spekulasi
kurang sedap di dengar, ND Lala berkata dia sekeluarga sedang menyusun strategi
untuk memantapkan lagi kerjaya seni Shila Amzah di peringkat antarabangsa.
“Sebagai
manusia biasa kita tidak boleh mengelak sebarang tafsiran orang. Saya tiada
formula yang boleh mengelakkan daripada tafsiran orang. Sebagai manusia juga,
kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi berkenaan beberapa perkara terutama
perihal, jodoh, pertemuan, ajal dan maut. Itu semua kuasa yang maha Esa.
“Apa
yang pasti, untuk tahun depan kami sedang merencana sesuatu yang besar untuk
Shila Amzah untuk bergelar artis antarabangsa. Masih terlalu awal untuk saya
kongsikan perancangannya, tapi apa yang pasti dia akan sering berulang alik dari
Malaysia, China, Eropah dan juga Amerika Syarikat,” kata ND Lala yang juga
merangkap pengurus Shila Amzah.
Ditemui
ketika majlis ramah mesra Shila Amzah bersama pelanggan Safi Balqis, di KL
Sentral petang semalam, ND Lala cukup yakin bahawa anaknya itu mempunyai potensi
cukup besar di peringkat antarabangsa.
Katanya,
pertemuan bersama Penerbit Eksekutif World Music Awards, John Martinotti ketika
berkunjung ke Miami Amerika Syarikat, baru-baru ini bakal membuka banyak peluang
baru bagi kerjaya seni Shila Amzah.
“Alhamdulillah,
walaupun anugerah tersebut ditunda, tapi hikmahnya kami dapat makan malam dan
duduk semeja dengan John Martinotti yang sememangnya sangat mengagumi bakat
Shila Amzah yang dilabelnya sebagai bintang semakin bersinar.
“Banyak
perkara yang kami bincangkan tentang kerjaya seni Shila Amzah. Insya Allah, kita
tunggu sajalah nanti,” kata ND Lala yang masih aktif menyanyi dan mengacara
majlis.
Tambah
ND Lala, menariknya bagi meraikan sambutan tahun baru 2013, Shila Amzah akan ke
Shanghai untuk beberapa hari bagi membuat persembahan sempena countdown tahun
baru di hadapan ribuan masyarakat di sana.
Apa
yang menarik, Shila Amzah akan berduet dengan penyanyi tempatan di sana menerusi
lagu popular Sukan Olimpik Beijing 2008 bertajuk You And Me.
Gelengg@ng:
No comments:
Post a Comment