Bantu Blog ini Hanya Klik/Ketik

Sunday, February 17, 2013

Hantu pocong main tingkap

Hari ini hari khamis malam jumaat. Jam sekarang pukul 3:14 pagi. Aku tak tidur lagi sebab demam  dari semalam lagi. Suasana bilik aku sekarang ni betul-betul buat akuteringat kembali  pengalaman aku diganggu pocong dulu. Tingkap bilik terbuka luas, kamar sunyi dengan rakan aku yang tengah sedap tidur.


Masa tu aku belajar di kolej matrikulasi johor tahun 2008/2009. Aku dapat bilik tingkat 2, kamar A 2.1 tak silap akulah, dengan rakan kamar aku pada masa tu bijan, naim dan arep. Nak dijadikan cerita aku ni jenis belajar  dapat semangat saat akhir dan siapkan kerja saat-sata akhir. Masa matrik benda paling malas aku nak buat adalah laporan amali makmal. Aku pulak jenis tak suka tiru kerja orang. Jadi kalau esok nak kena hantar ripot amali, malam tulah aku betul-betul gila nak siapkanlaporan amali makmalt aku.


Malam pertama - pukul 2 pagi

Malam tu, dalam pukul 2 pagi. Aku baru lah nak dapat semangat nak buat laporan amali makmal kimia aku yang dah lama tergendala tu. Macam biasa esok nak kena hantar dan seperti biasa malam-malam macam ni rakan kamar aku dah mula tidur. Naim memang selalu tidur awal, bijan pulak tepat waktunya pukul 2 pagi saja dia tidur memang disiplin habis. Arep pulak tak tentu kadang-kadang awal dan kadang-kadang lewat. Malam tu semua tidur dalam pukul 2 pagi. Matrik Johor ni pulak masa jam 12 malam saja kena tutup lampu . Jadi aku pun giat lah nak siapkan laporan amali makmal aku dengan berteman kan lampu meja aku saja masa tu.
Malam pertama - pukul 3 pagi
Masuk pukul 3 pagi aku masih tak tidur lagi biasa dalam pukul 4 pagi baru aku siap jadi barulah boleh tidur.
Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" aku dengar bunyi tingkap bilik aku diketuk. Aku pun toleh belakang untuk tengok kalau ada apa-apa kat tingkap tu . Aku tengok tingkap bilik aku terbuka luas tapi tak ada apa-apa. Aku tengok jam tangan aku tepat pukul 3 pagi. Dalam hati, aku rasa "tak ada apa-apa kut... perasaan aku je" , jadi aku pun sambung buat laporan amali makmal aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali aku dengar tingkap aku diketuk. Kali ni lagi kuat dan kali kedua ni buat aku yakin yang bunyi tu bukan perasaan aku je. Kali ni jugak aku tak toleh belakang untuk melihat kalau-kalau ada apa-apa kat tingkap aku tu. Dalam hati habis aku mencarut " Sial tol! asal la aku yang kena kacau malam-malam ni...  aku duduk tingkat 2 tak kan la ada org nak main tingkap malam-malam ni ". Nak tak nak, aku kena juga siapkan laporan amali makmal aku malam tu. Jadi, aku pun memberani kan diri aku untuk terus siapkan laporan amali makmal aku berbekalkan telefon bimbit walkman yang aku ada, aku pakai earphone dan terus pasang lagu kuat2. Siap laporan amali makmal aku terus tidur mati.
Malam kedua
Malam kedua tak ada apa-apa yang berlaku sebab aku tak ada laporan amali makmal nak kena hantar. "Yeay... ". aku tidur awal malam tu.


Malam ketiga - pukul 2 pagi


Esok nak kena hantar lab fizik "ala... kenalah stay up lagi malam ni....". Malam tu macam biasa masuk pukul 2 pagi rakan-rakan kamar aku dah tidur. Tinggal lah aku kesorangan struggle buat laporan amali makmal aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" skali lagi tingkap aku bunyi seperti diketuk lewat malam-malam ni. Dalam hati, aku reda "kena kacau lagi aku malam ni...". aku tengok jam pukul 3 pagi..."agak bend-benda ni pukul 3 pagi baru aktif... sigh~ . aku pun mula buka laci meja belajar aku dengan harapan ada earphone jadi boleh dengar lagu kuat-kuat. Alamak tak ada pulak. Mana pula aku letak earphone aku ni. Habis rak-rak buku aku geladah tapi tak jumpa. Topo-top aku tekad sambung saja buat laporan amali makmal aku.


Tapi... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali bunyi tingkap aku diketuk terus membuatkan aku seram sejuk   dan tak boleh csambung buat laporan amali makmal aku. aku pun cadang  untuk tidur terus malam tu dan sambung buat laporan amali makmal aku tu pagi esok dalam kelas. Bawah ni aku provide pandangan atas bilik aku kat matrik untuk korang faham situasi yang berlaku selepas ini sebab agak complicated.
Jadi aku pun baring la atas katil aku nak tido. Aku tidur macam kat atas tu. Aku tegakkan bantal aku and peluk macam tu. Aku pun baring-baring la ambil mood nak tido. Nak kata aku ni penakut tak adalah takut sangat, nak kata berani... cuak-cuak juga, jadi kira biasa-biasa sajalah. Susah pulak nak tidur sebab seram-seram sejuk saja kena kacau dari tadi. Tambahan pulak aku nya katil sebelah tingkap. Lagi bertambah-tambah lah cuak aku malam tu. Aku pun pejamkan mata dan tidur. Aku tidur mengadap tingkap sebab aku selesa kepala toleh kanan sambil meniarap... senang tido.

Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali tingkap kaca bilik aku diketuk. Masuk ni dah tiga kali malam ni aku dengar. Dah lah aku sebelah tingkap jadi dah tentu aku bayangkan dan benda ni betul-betul asyik kacau aku. Habis jelas dan yakin lah aku dengar. Aku pun bukan jenis suka buka  tingkap tetapi rakan kamar aku yang selalu buka seluas itu. Memang tingkap ni selalu dibuka sebab udara panas dalam bilik, biar angin masuk. Lama aku tengok tingkap tu. Dalam hati aku pikir " nak tutup ke tak ek tingkap ni?....hmmm kang nasib aku tak baik... tengah-tengah nak tutup tingkap muncul kepala pontianak depan aku naiya je...".

Aku malas nak layan bunyi2 nih jadi aku pun pusing lah kepala toleh ke kiri... mengadap meja belajar aku. Tiba-tiba... aku ternampak dalam cermin ada lembaga putih lalu kat tingkap. Cemas dan berdebar suma perasaan aku rasa masa itu dan benda ni berlaku sangat pantas. Aku nampak kelibat putih tu lalu dalam cermin jadi aku pun terus lah toleh ke kanan untuk melihat apa yang lalu kat tingkap aku tadi.
Tapi... tak ada apa-apa kat tingkap dan masa tu jugak lah aku perasan yang bantal aku bukan berada dalam peluk kan aku. Sebaliknya bantal aku ada di sebelah aku...aku cemas and panik kerana kalau bukan bantal yang aku peluk... apa yang aku tengah aku peluk ni!. Aku pon memberani kan diri untuk menjeling ke bawah, dan dari situ lah aku nampak bahu yang dibaluti kain putih sedang aku peluk dengan rapi. Aku tengah peluk POCONG! "Arghhhhhhhh!!! aku menjerit tapi tiada suara yang dapat keluar dari mulutku. Aku langsung tak berani untuk toleh ke bawah sebab aku yakin kalau aku toleh pasti aku akan ternampak muka pocong ni. Dalam hati habis aku mencarut " Sial la asal la aku kena ni....sial3x!". Aku pejam je mata and cuba untuk lepaskan pelukan aku... tapi semakin aku meronta-ronta untuk melepaskan pelukan aku... semakin kuat aku peluk pocong tu sehingga lengan aku, kiri dan kanan terasa sakit sebab badan pocong tu yang keras macam batu.

Aku mula beristighfar " Astaghfirullahalazim3x ".... aku bukak mata and jeling tapi pocong tu masih lagi dalam pelukan aku. Aku hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Aku mula putus asa sambil memejamkan mata dan berserah kepada Allah aku menyebut2 "Allahu akbar3x..." tiba aku dapat rasakan pelukan aku terlepas dan bila aku buka mata pocong tu dah tak ada. 

Aku sangatlah bersyukur kerana telah terselamat dari gangguan pocong tadi. Peluh mula membasahi badan aku . Aku tengok bijan yang tido disebelah aku tengah nyenyak dibuai mimpi. Aku pun mengambil keputusan untuk terus tidur dan tidak mengganggu siapa-siapa pada lewat malam itu. Aku capai bantal aku semula dan selubung badan aku dengan selimut. Aku pun tidur.

Keesokkan paginya, aku pun ceritalah pengalaman aku diganggu pocong malam tadi kat rakan-rakan kamar aku. Budak-budak praktikum aku dan budak-budak kuliah semua dapat tau. Ada sorang budak praktikum aku ni pelajar PDT (pelajar dua tahun kut... tak ingat sangat) jadi dia pun ceritalah tahun lepas blok B kat KMJ tu ada la kena gangguan pocong tapi ada sorang pelajar ni dia ada ilmu sikit jadi dia pagar... jadi selamat. Blok A yang aku duduk tu bersih tak de cerita pulak. Ustaz aku pulak cakap dalam dunia ni mana ada hantu atau roh yang tak tenang... yang dah mati tak kan bangkit selagi belum tiba hari kebangkitan iaitu hari kiamat. Dalam dunia ni yang ada hanyalah manusia, jin  dan syaitan. Syaitan ni yang suka menyerupai dan menjelma untuk menganggu manusia. Yang penting kita tak lupa meningati Allah . Wallahualam...

No comments:

Post a Comment