Bantu Blog ini Hanya Klik/Ketik

Thursday, August 15, 2019

KLIA parkir


Parking Murah di  KLIA

Mencari parking yang murah di LCCT? Ada siapa tahu? Cer kasi cadangan!!! Sekitar 6 tahun lalu tahun 2013 ada parkir murah sekitar RM16 sehari. Masih adakah parkir ni.

Cer mesej sy jika anda biasa dengan parkir di KLIA ini. Sy dahulu pernah parkir di sini.

Sila kasi maklumat!!!.

Wednesday, June 14, 2017

SYAIRKU; LAILA MAJNUN


Majnun ! lama tak kau sapa aku dengan munajatmu. apakah aku tak lagi hadir di hatimu,

dengan munajat apa aku harus menyapamu, sementara dirimu mendiamkan setiap kata,

di mana hati ini harus mencari, karena jejakmu tak tersentuh oleh apapun, kecuali jejak cintamu,

Majnun ! batin dari cinta adalah makrifat. tak mungkin dipahami dari setiap pertemuan,

Majnun ! pergilah ... di sini cinta dan kekasih tak terpisahkan. cinta itu hanya hijab,

Majnun ! apa itu cinta ? apakah krn keindahan wajah ini sehingga di saat wajah ini keriput cinta pun sirna !

Laila ! mengapa kau mengusirku padahal mengingatmu merenggut seluruh eksistensi diri,

Majnun ! di sini tak ada dualitas, hulul dan ittihad tak punya makna sirnalah ... kau akan temukan diriku,

di taman bunga cinta, belum mampu seirama dengan bunga-bunga keindahannya,

Majnun ! Mengapa tak kau siram bunga cintamu dengan api kerinduan ! Bukankah setiap kata lelah menanti makna cinta,

Bukankah engkau mengagungkan indrawi ! Lalu mengapa kau mencintai ? Apakah cinta itu nampak bagimu seperti untaian ombak !

Majnun ! Apakah makrifat lebih dahulu dari cinta atau cinta lebih dahulu dari makrifat !

Majnun ! Apakah wajah Zulaikha yang meluluhkan cintamu atau keindahan makrifat Zulaikha yang merenggut eksistensimu,

Majnun ! Berlarilah padaku & bawalah hatimu namun tutup matamu sebab yang kau saksikan bukan aku,

Majnun ! Mengapa tak kau ceritakan cintamu pada yg lain ?

Pada siapa ! Sebab yang ada hanya dirimu.

~ Karya ; Muhammad Nur Jabir


Friday, November 25, 2016

Saka



Terlebih dahulu perlu perawat jelaskan tanda2 memungkinkan gangguan SAKA / SIHIR yang gangguan kedua2nya hampir 90% sama.Ini adalah sebahagian sahaja... Inshaa-Allah perawat akan cuba update dari masa ke semasa sebab Ramai yang bertanya perawat apakah tanda-tanda gangguan Saka maupun Sihir untuk memudahkan mendapat rawatan. Walaupun terdapat banyak info2 tersebut boleh diperolehi dari sumber internet.

Tanda2 ini hanya terdapat pada gangguan SAKA sahaja.

Ketika Tidur.

Bermimpi menyusukan bayi.
Bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
Bermimpi ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Bermimpi rumah lama / rumah pusaka atau kampung halaman.
Bermimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Bermimpi berada di tempat kotor atau kawasan perkuburan.
Bermimpi berada ditempat sunyi dan menyeramkan.
Bermimpi melakukan hubungan kelamin dengan orang tidak dikenali.
Bermimpi ada seseorang ingin atau memberi sesuatu didalam mimpi.
Bermimpi berjumpa seorang lelaki tua, berjanggut, berjubah dan menyatakan siapa dirinya.
Bermimpi berjumpa seorang puteri yang cantik dan menyatakan siapa dirinya.
Bermimpi di bawa kealam jin.
Bermimpi dibawa berjumpa nenek / moyang .( nenek / moyang yang di ketahui ghaib semasa hidupnya)
Bermimpi orang meminta di adakan jamuan atau makanan khusus.
Bermimpi belajar mengubat.
Bermimpi belajar mengurut.
Bermimpi belajar bersilat.
Bermimpi melihat makhluk halus.
Bermimpi buruk, seram dan menakutkan.
Bermimpi melihat atau bertemu seseorang di masjid, kuil atau gereja.
Bermimpi ditindih sesuatu dan meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
Bermimpi terlibat dengan kemalangan yang membawa kepada kematian.
Bermimpi jatuh dari tempat tinggi yang membawa kepada kematian.
Bermimpi menyusui budak kecil dan terlalu sayang padanya.(pada wanita)
Bermimpi di beri sesuatu dalam mimpi apabila terjaga barang itu nyata betul ada.
Bermimpi bersalin setelah jaga, anak dalam kandungan telah hilang.(pada perempuan yang sedang mengandung )
Ketika tidur Mengunyah gigi. (bunyi gigi berlaga)
Ketika tidur boleh Duduk, berdiri atau berjalan.
Ketika tidur boleh Makan atau minum.
Ketika tidur Ketawa, menangis dan menjerit.



Ketika Jaga

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut dan cemas.
Sering melatah.
Sering panik bila berdepan dengan masalah.
Solat hanya empat waktu gagal memenuhi lima waktu.
Takut untuk bersolat di masjid tanpa sebab.
Perasaan takut untuk melihat pengembumian seolah-olah dia yang meninggal.
Perasaan dan semangat seperti di kawal/pegang sesuatu.
Berlaku penceraian dikalangan saudara sebelah suami atau isteri dan sering bertukar suami atau isteri.
Suka berada didalam tandas pada waktu yang lama.
Sukar untuk mengekalkan persahabatan atau perkerjaan.
Sukar untuk tidur malam .
Sukar untuk berkata2, lidah kelu atau gagap.
Suka tidur pada waktu sianghari.
Sentiasa mengelak dari bertentangan mata.
Sentiasa mengantuk terutama dalam majlis ilmu.
Mata sentiasa merah walaupun cukup tidur.
Muka sentiasa bengis atau gerun.
Terlalu Emosional dan sensitif.
Cemburu /iri hati/buruk sangka.
Boleh menilik sifat/peribadi atau sejarah seseorang.
Boleh melihat jin/makhluk halus secara terus.
Suka melakukan tabiat buruk seperti malas dan degil.
Suka berangan2 dan berkhayal.
Suka bertindak agresif dan liar.
Terasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Tidak suka bergaul dan kurang suka hidup bermasyarakat.
Halangan dan pembatasan dalam pekerjaan.
Lemah tenaga batin atau nafsu selalu terangsang melampau.
Duit selalu hilang dirumah tanpa sebab macam ada yang mencurinya.
Duit syiling dalam tabung atau beg duit senantiasa bertambah.
Apabila mengasah seperti pisau, parang sukar untuk tajam. ( selalu atau cepat tumpul )
Alat2 atau barang2 dalam rumah selalu di sembunyikan.
Banyak penyakit ketumbuhan ganjil pada badan.
Anak yang lahir mempunyai kecacatan seperti sumbing bibir, bonggol di belakang badan atau cacat kaki dan tangan.
Sukar untuk di bawa berubat/di rawat dan sentiasa bersangka buruk yang suami atau isteri hendak membomohkannya.
Penyakit ganjil yang di sahkan sebagai kanser.
Penyakit genetik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan akan di warisi kepada anak cucu.
Bersifat pelupa dan was-was keterlaluan.
Nyanyuk sebelum waktunya.
Susah hendak meninggal dunia, nazak berpanjangan.
Mendengar bisikkan atau tahu apa perkara yang akan berlaku.(seperti alamat)
Terdapat beras apabila bangun dari tempat duduk.
Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur 5 bulan keatas.
Keinginan untuk memakai baju berwarna kuning, hitam, putih atau hijau.
Suka makan daging mentah atau separuh mentah.
Kuat makan tetapi badan tetap kurus.
Kerap muntah adakalanya keluar bersama batu aked.
Alah pada bau kemian atau setanggi.
Kemurungan berpanjangan atau suka bersunyian seorang diri.
Anggota keluarga selalu di pindahkan tempat tidur.( dalam bilik ketingkat bawah atau di tepi bilik mandi / tandas)
Lampu dipadam ketika sedang mandi pada waktu malam.
Schizophrenia.
Bipolar.
Slip disc.
Suami atau isteri meninggalkan pasangan malam pertama pernikahan sebab dilihat pasangan berwajah orang tua menakutkan.
Suami isteri berpisah sebab tidak sekata semasa isteri mula mengandung atau melahirkan anak tak kira yang pertama atau yang keberapa sebab memungkinkan anak itu menjadi rebutan saka dari kedua2 pihak suami maupun isteri.
Boleh berdialog secara terus dengan Jin Saka.
Jin Saka boleh menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Anda
melalui handphone
berupa ugutan atau pemberitahuan.

Jin Saka boleh bercakap terus dengan Anda melalui handphone tetapi Anda tidak dapat mengesan panggilan di buat dari mana.

Jin Saka boleh mencederakan Anda secara terus dengan melukakan anggota badan Anda dengan membuat torehan secara zahir.

Jin Saka boleh mengenakan Anda dengan Santau sihirnya apabila berjumpa perawat, Anda dikatakan kena Santau oleh bomoh santau.


SAKA . . .
di Tahap 1 (di dalam badan),
Perawat berpendapat berdasarkan pengalaman pesakit yang berada ditahap 1 mudah dirawat.
Cara ruqyah syariyyah pun dah memadai...tapi perlu di rawat secara konsisten dan berterusan...
Inshaa Allah ada jalan keluar baginya.


Tetapi bagi tahap 2 (di luar badan) pasti menemui kesukaran kalau di ruqyah... sbb tiada tindak balas berlaku terhadap pesakit. Di sini perlu perawat2 yang benar2 mahir dan berpengalaman.


Dan akhir sekali tahap 3 (keluar masuk badan)Tahap ini paling sukar di rawat... yang betul2 pakar/ arif
serta mahir pasal SAKA pun belum tentu dapat selesaikannya !...Yang Anda perlu baca...!Hari ini terdapat begitu ramai perawat2 yang menawarkan diri untuk merawat/ menangani masalah SAKA maupun SIHIR
Alhamdulilah...tetapi apa2pun...


Pertama…Pastikan perawat2 ini perawat yang benar2 mahir serta bertanggungjawab!!!

Kedua… Seandainya anda mengizinkan/membenarkan perawat2 ini memanggil SAKA atau

Makhluk halus masuk kedalam badan pesakit TANPA Anda sedari bahawa anda telah membuka ruang
untuk semua makhluk halus dengan mudah keluar masuk badan dan nanti yang benar2 pakar pun
belum pasti dapat menutup ruang ini...awas !

Ketiga…Kalau SAKA di buang pastikan TIDAK BERTEMPOH !... buangnya tidak bertempoh sebulan…
setahun… TAPI PERLU UNTUK selama2nya.


Keempat…Seandainya SAKA didalam badan hendak di bakar atau di bunuh kerana kedegilan SAKA tersebut pastikan KESEMUANYA DI BUNUH yang berada DIDALAM BADAN maupun DILUAR BADAN tanpa tinggal satu pun!

Seandainya satu sahaja jin saka yang dibunuh atau dicederakan…apakah tindak balas ahli saka yang lain?!Awas...tak kan ahli saka yang lain ni nak tengok je !...ahlinya dicederakan ataupun dibunuh...

Anda yang di rawat pasti anda tahu kesannya!!!

Tanda2 ini hanya terdapat pada gangguan SIHIR sahaja.


Ketika Tidur.

Bermimpi digigit atau di patuk binatang ganas dan berbisa.
Bermimpi di cekek dileher tetapi gagal meminta pertolongan.
Bermimpi mandi di sungai, kasut atau pakaian hanyut di bawa air.
Bermimpi bertengkar atau berlawan dengan seseorang.
Bermimpi di tikam atau dicederakan tanpa mengetahui sebab atau siapa yang mencederakannya.Ketika Jaga.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Terjumpa macam2 benda yang mustahil masuk/berada dalam badan seperti paku, jarum atau mata pisau cukur dsgnya apabila di X-Ray.
Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal.
Sikap berubah secara mendadak, sikap penyayang jadi pembenci atau sebaliknya.
Anggota badan terasa seperti di cucuk2 jarum atau panas terbakar melampau.


Tanda2 ini HANYA terdapat pada gangguan SAKA dan juga SIHIR.


Ketika Tidur.

Bermimpi melihat wajah hodoh diri sendiri pada cermin.
Bermimpi melihat cermin.
Bermimpi berada di suatu tempat dan tidak dapat pulang.(tersesat)
Bermimpi benda2 tajam dan miang.
Bermimpi binatang atau serangga berbisa/ganas.
Bermimpi di gigit lembaga hitam atau memijak perutnya.
Bermimpi melihat makhluk ganjil, tinggi, hitam, berbulu dan menakutkan.
Bermimpi berada di tempat tinggi dan tiada jalan turun.
Bermimpi di ikat.
Bermimpi bersetubuh.
Bermimpi berkahwin.
Bermimpi mandi air kotor.
Bermimpi naik kenderaan samada di darat, laut atau udara.
Bermimpi menerima hadiah atau tetamu yang tidak diundang.

Ketika Jaga.

Kerap terdapat kesan lebam dipeha, dibetis dan tangan atau seperti tanda kesan dicakar pada tubuh badan.
Sakit mental atau gila.
Sukar mendapat jodoh.
Putus persahabatan walau dah bertahun2 berkawan tanpa sebab.
Putus pertunangan tanpa sebab walaupun tunang itu orang yang dikasihi.
Suami atau isteri meninggalkan pasangan walaupun sudah ada anak yang ramai yang sebelumnya keluarga ini bahagia.
Kerap mendengar bisikan2 atau panggilan apabila pergi ke tempat itu suara panggilan itu berpindah tempat.
Berdebar2 tanpa sebab.
Badan tiba2 mengigil tanpa sebab.
Berpeluh dan seram sejuk tanpa sebab.
Selalu kena penyakit Cirit-birit.
Kaki bengkak sebelah atau kedua2nya sekali.(macam gout )
Mandul walaupun disahkan doktor normal dan sihat suami isteri.
Sakit belakang terutama ditulang belakang dan pinggang.
Terasa berat dibahagian belakang badan.
Lenguh2 pada sendi2 utama.
Hilang darah.
Adakalanya tekanan darah turun naik tidak menentu.
Senantiasa mengantuk tanpa sebab klinikal.
Sukar mengandung dan sering keguguran.
Semasa mengandung posisi anak dalam kandungan selalu melintang.
Sukar melahirkan kandungan adakala kandungan pula melebihi 10 bulan.
Adakalanya anak dalam kandungan hanya dapat dikesan atau scan ketika usia kandungan 8 bulan.(ibu tidak sedar mengandung dari usia 1 hingga 7 bulan)
Pendarahan yang teruk.
Buah kemaluan besar sebelah yang sebelumnya normal.(pada lelaki)
Buah kemaluan masuk kedalam sebelumnya normal.(Angin pasang-pada lelaki)
Kemaluan mengecil seperti jari bayi.(sebelumnya normal pada lelaki)
Perut membesar yang sebelumnya normal.( busung )
Batuk keluar darah atau buang air besar/kecil berdarah.(Santau)
Batuk/nafas berbau.(Santau)
Gatal keterlaluan seluruh badan terutama di kemaluan dan kulit bersisik.( Santau)
Terasa benda bergerak2 dibawah kulit.
Terasa seolah2 memijak telor, batu atau kaca dibahagian bawah tapak kaki apabila berjalan.
Mudah marah dan panas baran.
Lesu dan sering kelaparan dan kehausan.
Makan makanan yang tidak dapat di terima akal (makan berlebihan / keterlaluan)
Sukar menelan makanan dan minuman yang sebelumnya normal.
Loya atau sebu perut tanpa sebab.
Bayi kerap menangis tanpa sebab.
Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil.
Suami isteri hilang kemesraan dan tak boleh duduk berbual.
Suami isteri tidur berasingan.(Tidak sebilik)
Malas beribadat.
Gelisah dan panas tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran.
Sering sendawa bila dengar bacaan Al-Quran.
Sering sendawa tanpa sebab.(biasanya melibatkan Santau)
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Darah haid turun berlarutan lebih 15 hari.(tidak teratur)
Badan terasa bisa2 atau gatal2.
Apabila sakit badan, anggota keluarga yang membantu memicit, mengurut akan mengalami sakit badan atau tangan terasa macam dicucuk jarum/kebas.
Seluruh badan terasa gatal2 yang melampau.
Seluruh badan terasa lemah/demam macam tak demam.
Seluruh badan atau sebahagian anggota badan terasa macam terbakar/kepanasan. (mandi pun tidak memberi kesan)
Kulit badan melecur kepanasan tanpa sebab.
Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal atau pergi kekuburan.
Ada penyakit seperti sakit kepala, sesak nafas tetapi disahkan doktor sihat.
Sesak nafas terasa seperti di cekek di leher/ditekan di dada.
Sakit kepala terasa nak pecah atau seperti dicucuk jarum.
Bunyi guli di siling atau atas lantai bergolek.
Bunyi benda jatuh di atas bumbung rumah.
Bunyi benda berlari diatas bumbung atau atas siling rumah.
Bunyi ketukan pintu atau tingkap tapi tiada orang.
Bunyi orang berjalan di dalam rumah.
Bunyi air paip di bilik mandi atau tandas.
Bunyi sesuatu mencakar dinding, bumbung rumah atau pintu.
Tiba2 sakit tanpa sebab sebelumnya normal, aktif dan cergas.
Sakit lutut tiba2 tetapi disahkan sihat oleh doktor.
Sakit di tumit kaki berpanjangan.
Barang2 elektrik cepat rosak termasuk handphone.
Lampu atau alat elektrik terpadam dengan sendirinya.
Ada terbau busuk atau wangian seketika didalam rumah tiba2 hilang begitu saja.
Makanan yang dimasak cepat basi atau terasa masin/tawar yang melampau.(biasanya berlaku pada kedai makan & minuman)
Air yang di masak lambat mendidih.(biasanya pada kedai makan juga)
Kedai makan di buka tetapi banyak pelanggan kata kedai tutup. (di beritahu oleh pelanggan pada masa yang lain)
Binatang masuk kedalam rumah seperti ular, kalajengking, belalang, katak, kucing, anjing atau rama2.
Suka bercakap besar, ego serta cakapnya sahaja yang betul dan mesti dipatuhi.
Terasa bahu ditepuk dari belakang.
Terasa sakit gigi apabila dicabut berpindah sakit ke gigi yang lain.
Sukar untuk membuang air besar atau air kecil yang sebelumnya normal.
Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran.
Terasa seperti percikan air kena pada badan.
Buang air kecil tidak lawas. (tak tus)
Mudah kekajangan otot(kramp) kaki dan tangan.(kalau lama boleh akibatkan lumpuh sebelah badan atau stroke.
Terasa seperti ada orang menolak ketika didalam tandas.
Terasa seperti ditarik atau disentap kaki ketika baru nak lena tidur ataupun seperti dicucuk jarum pada kaki.
Suka melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Sering pengsan tanpa sebab.
Mudah kena rasuk atau histeria.
Suka kepada perpecahan dalam hubungan kekeluargaan.
Sakit bebola mata.
Mata kabur dan terpaksa memakai cermin walaupun sihat sebelumnya.
Terasa macam ada habuk / rambut di biji mata.
Sakit batu karang berulang-ulang walaupun batu telah di keluarkan.
Sakit jantung berpanjangan walaupun telah membuat pembedahan.
Sering bangun tidur tengahari.
Sering bercakap sendirian tanpa di sedari.
Sering terjaga ditengah malam dan sukar untuk tidur semula.
Sering termenung dan cepat stress.
Sering mengigil badan terasa sejuk/panas.
Sering mengantuk lepas waktu asar/magrib.
Sering mengeluh dan suka menyalahkan orang lain.
Binatang perliharaan seperti kucing, ayam, ikan dan burung mati tanpa sebab.
Orang yang membantu memberitahu tempat berubat atau yang bawa pergi tempat berubat pun sakit secara tiba2.

dapat membezakan gangguan Saka maupun Sihir. Tanda2 ini begitu penting sekali...

Hari ini terlalu ramai perawat2 menawarkan diri merawat dan kadangkala mengelirukan.

BERHATI-HATILAH . . .

memilih perawat jangan sampai Anda tertipu. . .

Sebenarnya perkara mengenai ...SAKA / SIHIR ini perlu . . .di rujuk kepada yang benar2 pakar sahaja SEBAB yang pakar pun belum tentu dapat menanganinya.

(SEBAB ITU RAMAI PESAKIT PUSING KELILING MENCARI PERAWAT...)

penyakit tak jua sembuh...dah banyak berhabis duit, masa dan tenaga...perawat pula silih berganti...carilah...
berjumpalah dengan perawat yang benar2 bertanggungjawab , mahir serta berpengalaman merawat
dengan kaedah yang BETUL DAN TEPAT (sesuai & serasi) BETUL ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA ANDA UNTUK MENILAI & MENJAWABNYA !!!)


Segala yang benar itu datangnya daripada ALLAH s.w.t Yang Maha Pencipta dan yang bathil itu datangnya hanya daripada kelemahan perawat makhluk yang dicipta-Nya...

Wallahualam...

TANDA2 MEMUNGKINKAN KEHADIRAN JIN SAKA BERADA DI DALAM BADAN ATAUPUN DI LUAR BADAN.


Berdasarkan pengalaman perawat merawat pesakit2 yang sering datang berjumpa perawat untuk mendapatkan rawatan, dapat perawat nyatakan di sini... memungkinkan jin saka berada di dalam badan atau luar badan pesakit seperti dinyatakan di bawah ini.


TANDA2 DIDALAM BADAN.


1. Boleh melihat mahkluk halus (Jin) dan adapula boleh
berinteraksi dengannya. Jin Saka berkemungkinan berada
penuh didalam badan atau berada dimata.
2. Sakit pada anggota badan contoh diperut bererti jin saka
ada bertapak diperut atau sakit pada kaki memungkinkan
Jin saka ada dikaki.
3. Mudah di serang histeria / kena rasuk atau tidak sedarkan diri.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
4. Sukar untuk beribadat contoh sering lupa membaca ayat2 dari surah2
ketika solat maupun diluar solat.
Jin Saka berkemungkinan berada di otak.
5. Sering pitam atau sakit kepala.
Tidak boleh mendengar bacaan ayat2 Al-Quran atau Azan.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
6. Apabila mendengar CD rukyah atau
dirukyah seorang/beramai oleh perawat2 pesakit mudah lemah
dan sering tidak sedarkan diri contoh seperti kerasukkan dsbnya.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
7. Bercakap seorang diri. Kadang2 bahasanya pun sukar difahami.
Bercakap bahasa jawa , siam atau sbnya.
Sebenar ia lebih kepada Jin Saka dalam badan
berinteraksi dengan Jin Saka diluar badan.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan.
8. Nafsu makan melampau / luarbiasa contoh budak laki2
berumur 7 tahun boleh habiskan 4 keping roti canai kosong
dan 3 bungkus nasi lemak kurang dari 10 minit.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau diperut.
9. Suka pada warna2 tertentu contoh warna kuning, berkemungkinan
Jin Saka didalam badan memakai baju atau jubah kuning.
Kalau Jin Saka didalam badan pengotor yang empunya badan
juga bersifat pengotor.
contoh malas mandi atau memakai pakaian kotor / tidak dibasuh.
10. Tidak boleh berfikir secara normal dan tidak sedar apa yang di katanya.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau di otak.
11. Terasa benda bergerak2 dibahagian bawah kulit badan.
Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan
atau dipembuluh darah.
12. Kerap sakit pinggang kadang2 keterlaluan atau tulang belakang.
Berkemungkinan Jin saka berada di otak atau
didalam pembuluh darah.


TANDA2 DILUAR BADAN.


1. Apabila berjumpa mana2 perawat seperti mendapatkan rawatan atau dirawat cara rukyah seorang/beramai2 dsgnya. TIADA sebarang kesan berlaku... contoh pening, pitam, lemah atau tidak sedarkan diri tidak berlaku.TIADA sebarang kesan / tindak balas yang berlaku memungkinkan Jin Saka berada didalam kereta pesakit, kat rumah, kat traffic light atau ditengah jalan dan tidak bersama pesakit.

2. Hati kerap berdebar2 / jantung berdegup laju memungkinkan Jin Saka terlalu hampir dengan Anda.

3. Adakala naik / tegak Bulu roma / tengkuk atau seperti semut bergerak di belakang badan memungkinkan Jin Saka terlalu hampir dengan Anda.

4. Badan sering terasa berat untuk berjalan/melangkah memungkinkan Jin saka duduk di bahu / belakang badan Anda.


Maaf halaman ini belum siap....
Perawat akan cuba update halaman ini dari masa ke semasa.
Kepada yang bertanya tentang TANDA2 JIN SIHIR
dalam dan luar badan pula
akan akan dijawab setelah selesai halaman diatas
harap bersabar yer,,...

JIN SAKA DIDALAM BADAN ( Tahap 1 )
JIN SAKA DILUAR BADAN ( Tahap 2 )
JIN SAKA Sentiasa KELUAR MASUK BADAN (Tahap 3 )

Perawat berpendapat berdasarkan pengalaman
pesakit yang berada

Ditahap 1
Mudah dirawat.
Cara ruqyah syariyyah pun dah memadai...tapi perlu di rawat secara konsisten dan berterusan...
Inshaa Allah ada jalan keluar baginya.

Tetapi bagi tahap 2
pasti menemui kesukaran kalau di ruqyah... sbb tiada tindak balas berlaku terhadap pesakit. Di sini perlu perawat2 yang benar2 mahir dan berpengalaman.

Dan akhir tahap 3
Tahap ini paling sukar di rawat... yang betul3 pakar / arif serta mahir pasal SAKA pun belum tentu dapat
selesaikannya !...

Gangguan Saka biasanya ia melibatkan gangguan
- fizikal dan mental
- rezeki
- zuriat
- kekeluargaan

Tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah SAW dan tiada sunah yang lebih baik dari sunah Rasulullah SAW. dengan bantuan Al-Quran dan sunah yang sahih, InshaaAllah segala gangguan dapat kita hindari dan sekiranya saka mengganggu pohonlah pertolongan daripada ALLAH s.w.t. sepertimana...


ALLAH berfirman: “Apabila syaitan menggoda mu maka mintalah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah al-A’raf ayat 200)


Ada kalangan ahli keluarga pesakit enggan mengaku bahawa keluarga mereka ada mewarisi saka. Bahkan, ada juga yang memarahi perawat dikatakan membuat tuduhan melulu. Dalam menghadapi keadaan ini sepatutnya ahli keluarga pesakit/waris tidak perlu melenting... marah2 apabila mendapati punca penyakit misteri yang dihidapinya berpunca dari gangguan saka tetapi apa yang perlu dilakukan ialah berikhtiar untuk sembuh dengan cara yang ditunjukkan oleh Allah dalam Al-Quran dan hadis serta jangan pula menyalahkan kedua ibu bapa, datuk nenek atas kesilapan dari kejahilan mereka…Maafkanlah mereka... pohonlah keampunan untuk mereka yang mana pada ketika itu mereka memerlukan bantuan jin saka ini untuk menjadikan mereka lebih kuat, hebat dan kaya.Mereka pun pasti tidak mahu melihat keturunan mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan.


Bahayanya berSAKA.!

Kebiasaan masyarakat kita hari ini menunggu saat2 akhir . . .
sehingga seseorang itu jatuh sakit !
lumpuh dan tidak sedarkan diri
ketika itu barulah
kelamkabut ahli keluarga dan saudara mara yang
paling rapat atau waris terdekat mencari...
tercari2 orang tertentu bertujuan untuk
mengeluarkan/menyelesaikan masalah SAKA tersebut ,
supaya tidak lagi mengganggu sipesakit dengan harapan
sipesakit dapat pergi dengan cepat
agar tidak menderita terseksa lebih lama.
Persolannya KENAPA ?!
sehingga saat akhir baru nak bertindak ….
untuk membuang atau hendak mengeluarkan SAKA tersebut
yang pastinya mungkin jadi sia-sia…
lagi lama didampingi SAKA lagi susah nak dibuang yang
betul3 pakar pun belum tentu boleh membuang SAKA.!


***Tanda2 ini HANYA terdapat pada gangguan Tapak rumah / Tempat bekerja atau tempat belajar (sekolah) sahaja.


Ketika tidur.

Mimpi lemas didalam air.
Mimpi diminta buat jamuan.
Mimpi minta berpindah atau mencari rumah lain.
Mimpi minta di korban binatang pada waktu2 tertentu.
Mimpi diambil darah yang berwarna merah, kuning dan hitam.
Mimpi di mandikan dengan darah.
Mimpi di kapankan.
Mimpi di gigit semut / serangga / binatang apabila tersedar badan ada tanda2 lebam.
Selalu di himpit / di tindih / di cekik ketika tidur.

Ketika jaga.

Terdengar bisikan atau suara orang berkata-kata.
Perasaan seram dan takut pada ruang / tempat tertentu atau bilik tertentu.
Sakit perut atau dada tiba2 apabila hendak ke sekolah atau ke tempat kerja.
Sakit di dalam telinga bunyi berdengung dan sakit dada apabila terjaga dari tidur waktu siang atau malam.
Sering melihat kelibat / bayangan yang tidak dapat di kenalpasti.
Tanaman / pokok-pokok yang di tanam keliling rumah tidak subur.
Tidak boleh sesuka hati membersih kawasan rumah.
Makanan atau minuman sering di usik.Contoh nasi yang masih banyak pada sebelah malam pada keesokkan harinya semua habis di makan.
Sering gelisah dan tidak tenteram tanpa sebab ketika didalam rumah dan kerunsingan hilang apabila berada diluar rumah atau diluar kawasan rumah.
Makanan yang di masak cepat basi.
Lampu2 di dalam rumah kelihatan tidak cukup terang cahayanya.
Barang atau perkakas dalam rumah sering berubah tempat.
Sering rumah di lihat berwajah suram tiada aura atau serinya.
Sering terhidu bau wangi atau busuk.
Badan sentiasa lemah tidak bertenaga.
Badan rasa demam tapi tidak demam secara klinikal.
Malas untuk mandi dan badan mengigil tanpa sebab.
Kulit terasa kering tanpa kelembapan.
Kadangkala anggota keluarga merapu tanpa sebab.
Sukar untuk tidur / melelapkan mata.
Bayi kerap menangis.
Anggota keluarga sering sakit tanpa sebab klinikal dan sihat apabila berada jauh dari rumah seperti pergi kerumah yang lain.
Ada ketika balik ke rumah pada waktu malam didapati halaman dan rumah nampak seperti lautan.
Di dalam rumah atau diluar rumah sering dikotorkan dengan pasir atau sampah.

Huh! seramnya SAKA.

Pornografi




Pengenalan

Istilah “pornography” berasal dari “porneia”, perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna “penulisan tentang pelacur”.

Apakah maksud Pornografi?

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai “porn”, “smut” dan bahan-bahan lucah.

Bolehkah seseorang itu ketagih terhadap Pornografi?

Ya, keadaan ini di gelar ketagihan Pornografi di mana ia melibatkan penggunaan melampau atau penyalahgunaan Pornografi.

Apakah kesan-kesan ketagihan Pornografi?

Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
Ia menggalakkan seks luar nikah
Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks
Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang

Di mana anda boleh mendapat bantuan jika anda terlibat?

Anda perlu berbincang dengan :
Ibu bapa anda
Orang dewasa yang dipercayai
Kaunselor sekolah
Guru sekolah
Doktor

Bagaimana untuk mengelakkannya?
Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
Elakkan tekanan rakan sebaya.Lihat Ketegasan.

Apakah implikasi undang-undang?
Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam Kod Penal
Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Friday, November 1, 2013

Petua Pantang Larang Kesihatan Tenaga Batin Lelaki




Petua pantang larang bagi menjaga kesihatan tenaga batin lelaki adalah perkara-perkara yang perlu dijauhi atau dielakkan baik dari segi pemakanan dan perlakuan seseorang individu itu. Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau untuk jangka masa panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Berikut adalah pantang larang yang perlu anda jauhi untuk mengekalkan prestasi seks dan tenaga batin anda di tahap terbaik.

– Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar mudah terasa ngilu bila bersetubuh. Batang zakar haruslah sentiasa panas kerana aliran darah yang lancar. Ini penting bagi kerana ia boleh melemahkan tenaga batin lelaki

– Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi sekurang-kurang selepas 30 minit, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

– Jangan amal makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

– Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 15-30 minit lepas suapan terakhir.

– Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas dan teguk. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah dan tidak cukup nafas ketika bersetubuh.

– Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan kemudian baharulah minum air.

– Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan terlebih dahulu.

– Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

– Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, jika boleh pancutkan air kencing di atas tempat yang keras. Dan carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

– Jangan amalkan melancap atau beronani kerana ia memaksa air mani keluar dan melemahkan zakar.

– Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

– Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk akan membantutkan aliran darah dan melemahkan zakar.

– Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

– Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari bersetubuh lebih dari 3 kali seminggu, kerana tubuh badan lelaki perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

– Jangan terus minum air selepas melakukan hubungan seks, rehat terlebih dahulu 15 minit.

– Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Dan duduk di dalam posisi yang tegak dan betul terutamanya ketika memandu jauh.

– Jangan biarkan zakar terendam di dalam faraj begitu lama selepas klimaks.


Definisi Mati Pucuk


Definisi mati pucuk adalah ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks bagi seseorang lelaki. Kajian epidermologi di Malaysia pada tahun 1997 hingga 1998 menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.


Sebab-sebab utama mati pucuk adalah :

1- Masalah perubatan dan mempunyai penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah arteriosclerosis.

2- Mempunyai sakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan.

3- Kecederaan pada otak dan saraf tunjang.

4- Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah di dalam tubuh badan.

5- Kegagalan hati dan buah pinggang.

6- Menghidap penyakit Parkinson atau Stroke (Angin ahmar).

7- Komplikasi pembedahan kalenjar prostat atau pundi kencing. Namun penyakit ini amat jarang berlaku menyumbang kepada lelaki mati pucuk.

8- Kesan sampingan ubat-ubatan daripada hospital.

9- Tabiat merokok, minum alkohol, stress, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti riadah.

10- Kekerapan Beronani (melancap).



Antara simpton-simpton mati pucuk adalah :

1- Ketidakupayaan untuk memperoleh dan mengekalkan ketegangan zakar.

2- Ketegangan yang tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks.

3- Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.



Komplikasi

1- Kemurungan

2- Kebimbangan dan hilang keyakinan diri semasa melakukan hubungan seks.

3- Masalah perkahwinan yang boleh berakhir dengan penceraian

4- Rasa rendah diri

5- Kualiti hidup rendah/kurang



Kaedah mencegah atau merawat

Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu mencegah atau merawat sesetengah lelaki seperti :

1- Berhenti merokok dan hentikan tabiat ambil minuman beralkohol.

2- Mengurangkan berat badan yang berlebihan dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam di gym dan dapatkan khidmat pakar pemakanan di dalam membimbing cara pengambilan diet harian.

3- Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.


Cara rawatan dan ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati masalah mati pucuk dalam bentuk pil, suntikan ataupun pam air. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna mengikut pada kesesuaian pesakit. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut bagi mengelakkan masalah menjadi lebih teruk.




June 11, 2015


TANDA-TANDA LELAKI KUAT ONANI

Onani atau beronani adalah satu perbuatan melancap atau merangsang kemaluan menggunakan tangan untuk memuaskan nafsu syahwat sehingga keluar air mani. Perbuatan onani ini adalah perlakuan yang tidak sihat baik bagi kaum lelaki atau wanita. Aktiviti atau perlakuan onani ini haruslah ditegah dari peringkat awal kerana ia boleh menyebabkan ketagihan yang amat kronik sehingga menyebabkan seseorang itu mati pucuk bagi lelaki.

Disini admin ingin berkongsi 13 tanda-tanda lelaki yang kuat onani.

1) Lelaki yang kuat beronani atau melancap selalunya kurang keyakinan diri. Mereka kurang yakin dengan diri sendiri kerana takut perbuatan melancap mereka diketahui oleh orang lain.

2) Ketagih kepada bahan-bahan porno seperti cerita atau video lucah dan gambar porno atau suka melayari laman-laman web lucah. Ketagihan kepada bahan porno ini adalah salah satu tanda-tanda lelaki kuat onani yang paling ketara sekali.

3) Lelaki kuat onani biasanya suka memandang tubuh badan wanita berbanding muka dan bahagian lain. Ini kerana apabila mereka melancap, mereka akan menggunakan imaginasi untuk membayangkan tubuh badan wanita. Jadi tanda lelaki yang kuat onani adalaah mereka akan memandang badan wanita terutama payudara dan pinggul terlebih dahulu berbanding bahagian lain.

4) Sangat meminati wanita yang mempunyai payudara yang besar dan pinggul yang besar.

5) Sangat pemalu apabila berbicara dengan wanita dan mempunyai daya imaginasi seks yang sangat tinggi.

6) Lelaki seperti ini suka mementingkan diri sendiri. Orang yang kuat onani mempunyai rasa cinta pada diri sendiri berbanding orang lain.

7) Matanya kelihatan kuyu dan tidak bermaya.

8) Kuat makan walaupun tidak penat dan tidak melakukan apa-apa.

9) Kuat tidur.

10) Bahagian tumit kelihatan seperti menggelupas.

11) Cepat terangsang apabila melihat wanita yang cantik.

12) Suka melayari internet di tengah malam hingga ke subuh , khuatir kegiatannya diketahui oleh orang lain

13) Bila komputer peribadi (PC) atau komputer riba (laptop) sering di serang virus teruk hingga selalu terpaksa di ‘reformat’.

Tanda-tanda lelaki yang kuat BERONANI adalah berbeza mengikut individu tersebut. Namun asasnya tetap sama iaitu mereka rasa suka pada setiap perkara yang melibatkan hubungan seks. Jika anda berjaya mengesan kawan-kawan anda mempunyai ciri-ciri sebegini,cubalah nasihat rakan-rakan anda dengan nasihat yang baik. Semoga mereka berjaya meninggalkan tabiat buruk ini.


Petua Tahan Lama





Petua tahan lama ini mungkin diperlukan bagi suami yang ingin menghilangkan kebimbangan dan meningkatkan prestasi seks sewaktu mengadakan hubungan intim bersama isteri. Masalah seksual seperti cepat pancut, mati pucuk, ejakulasi pramatang, zakar lembik, patah tandan dan sebagainya sering membelenggu terutamanya kepada suami yang telah lama mendirikan rumahtangga. Yang menanggung akibatnya adalah isteri. Kasihanilah isteri anda dan jangan biarkan mereka menderita akibat dari kegagalan anda memuaskan nafsu batin mereka.

Masalah tidak mampu bertahan lama memang menjadi topik hangat buat lelaki. Cuma faktor keegoaan saja yang menyebabkan lelaki tidak mahu mendapatkan rawatan alternatif atau pun berjumpa dengan doktor pakar sakit tuan. Adakah terdapat cara untuk menambah saiz, ukuran dan stamina seks? Mampukah lelaki main lama? Terdapat beberapa perkara yang sering menghantui pemikiran lelaki terhadap kebimbangan ketika dalam melakukan hubungan intim. Hubungan intim bermaksud hubungan kelamin di antara dua individu yang berlainan jantinan. Klimaks pula adalah titik akhir kemuncak kepuasan syahwat ketika melakukan hubungan seks atau boleh juga dikenali sebagai orgasme. Cuba anda renungkan kembali adakah anda mampu memberikan kepuasan seks yang terbaik kepada isteri anda? Teruskan pembacaan anda dan di bawah ini saya sediakan beberapa petua untuk tahan lama yang boleh anda guna pakai ketika melakukan persetubuhan.

Petua Tahan Lama Bersetubuh

Sewaktu anda ingin memulakan hubungan seks, bercumbulah terlebih dahulu (foreplay) dengan menjelajah sambil menikmati keindahan tubuh badan pasangan anda. Kawal pemikiran anda supaya tidak terlalu fokus terhadap dayungan dan tusukan zakar yang akan membuatkan anda tewas awal di dalam pertarungan tersebut. Sesekali kembali terokai titik-titik ghairah pasangan dengan bercumbu, membelai dan menikmati keindahan tubuh pasangan anda ketika melakukan dayungan. Ingat pada waktu inilah anda bebas untuk melakukan apa sahaja teknik atau posisi-posisi seks kegemaran anda.

1. Rehat Yang Cukup

Hubungan seks mungkin akan berakhir awal jika anda melakukannya ketika tubuh badan anda tidak mendapat rehat yang mencukupi. Terlalu letih atau kepenatan boleh merangsang otak anda untuk memancutkan air mani dengan cepat dan boleh jadi juga zakar anda lembik serta tidak bermaya walaupun anda menerima rangsangan yang secukupnya.

2. Amalan Pemakanan Yang Seimbang dan Sihat

Pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak seimbang mengikut piramid makanan serta kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan anda mengalami kegemukan yang boleh menjejaskan kesihatan misalnya penyakit kardiovaskular, darah tinggi, diabetes dan sebagainya.
Mengambil makanan dan tabiat pemakanan yang sihat dengan kombinasi makanan yang betul adalah penting untuk peningkatan tahap kesihatan fizikal dan batin anda. Bahan makanan yang diambil menentukan tahap kecergasan anda untuk aktiviti fizikal, mental dan batin.
Dicadangkan anda mengambil makanan yang mengandungi kolestrol yang rendah. Misalnya daging yang berwarna putih seperti ayam, ikan dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran.
Disiplinkan diri untuk makan mengikut waktu. Jangan sesekali melangkau waktu makan anda. Jika anda tiada selera sekalipun, makanlah sedikit makanan yang berunsurkan buah-buahan. Jika anda bercadang untuk melakukan senaman atau aktiviti kecergasan, makanlah 2-3 jam lebih awal sebelum menjalani aktiviti tersebut.
Selepas 30 minit bersukan, ambillah sedikit snek berkarbohidrt dan minum air mineral bagi menggantikan kehilangan potassium dan sodium semasa proses berpeluh. Makanan yang kaya dengan potassium dapat memberi tenaga selain membantu membina otot-otot tubuh badan seperti buah pisang.
Sediakan makanan yang seimbang dari segi peratusan yang betul mengikut piramid makanan. Selalu minum minuman yang cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kekuarangan air boleh menyebabkan heat strok dan kepenatan. Elakkan juga mengambil minuman berkafein seperti kopi.
Makanlah makanan tambahan yang kaya dengan Vitamin B Kompleks dan lain-lain mineral. Amalan pemakanan ini bagus untuk kesihatan mental, fizikal dan batin anda serta mampu mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Jangan amalkan minum air sejuk. Kesan pengambilannya boleh menyebabkan zakar menjadi sejuk, lembik dan mudah ngilu apabila bersetubuh. Untuk tahan lama, zakar anda mestilah dalam keadaan panas. Begitu juga ketika makan, jangan makan nasi bersulamkan air kecuali anda tercekik. Elakkan makanan sejuk kerana ia boleh menyebabkan berlaku ejakulasi pramatang dan air mani anda cair. Jauhkan makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia turut boleh melemahkan fungsi zakar.
Bagi mencapai prestasi seks yang baik, jangan makan secara berlebihan dan sebaik-baiknya anda makan 1-2 jam sebelum melakukan hubungan seks supaya proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna.

3. Posisi Seks Yang Betul

Posisi seks seperti posisi missionary atau doggy style (lelaki di atas wanita) memberikan kelebihan kepada lelaki untuk menguasai permainan di ranjang. Posisi ini berupaya memacu aliran darah dan memberikan ereksi yang kuat serta mampu bertahan lama. Jadi jangan lakukan posisi di mana wanita berada di atas pada awal sesi perhubungan seksual. Sentakan akan mengeluarkan aliran darah dari ereksi anda. Posisi wanita di atas juga membuatnya mengendalikan pergerakan dan keadaan ini menyebabkan lelaki hilang kawalan yang lebih baik sewaktu penetrasi.

4. Kegugupan

Sudah tentu anda mungkin merasakan banyak kebimbangan, terutama sewaktu kali pertama anda melakukan hubungan seks.Terlalu gelisah dan gugup menyebabkan ereksi zakar anda mengendur. Sebaiknya temukan cara untuk membuat diri anda merasa nyaman dan tidak dihuni rasa gugup ketika hendak melakukan hubungan seksual. Komunikasi yang berkesan adalah sangat baik dalam membantu anda untuk mengatasinya.

5. Latihan Kemutan dan Kegel

Latihan ini dapat membantu anda meningkatkan keupayaan ereksi zakar. Selain mendapatkan postur tubuh yang baik ia juga menambahkan keyakinan diri. Anda juga boleh melakukan latihan kegel untuk Mr P. Walaupun ini tak terbukti mampu memperbesarkan ukurannya, tetapi ianya membantu anda mempertahankan ereksi supaya dapat bertahan lebih lama.

6. Fokus atau Gunakan Kondom

Perkara ini mungkin boleh terjadi disebabkan sikap anda yang terlalu ghairah ketika bersama isteri. Anda haruslah fokus dan jangan bersikap terlalu gelojoh serta tidak sabar-sabar ingin cepat puas ketika melakukannya. Jika zakar anda terlalu geli ketika memasuki makam wanita maka anda tidak dapat mengawal dayungan anda dengan sempurna. Maka dayungan anda akan tergendala sebelum anda sampai ke destinasi yang ditujui. Cara klasik untuk mengurangkan sensitiviti melampau ini adalah dengan menggunakan kondom. Tetapi jika anda tidak ingin menggunakan kondom di saat melakukan hubungan intim dengan pasangan sesekali keluarkan zakar dari faraj pada saat anda terasa seperti sudah hampir mencapai klimaks. Tips ini berguna untuk mengalihkan fikiran anda sejenak bagi menghindari ejakulasi pramatang berlaku terlalu awal namun ianya tidaklah mengurangi kekuatan ereksi zakar.

7. Tabiat Merokok dan Pengambilan Minuman Beralkohol

Kesan merokok bukan sahaja menyebabkan alirah darah menjadi tidak sempurna malah boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Pengaliran darah yang sempurna ke bahagian genital lelaki (zakar) adalah amat penting bagi mengekalkan ereksi zakar. Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan juga boleh mempengaruhi fungsi prostate anda. Kesimpulannya, hanya dengan amalan dan gaya hidup yang sihat sahaja akan dapat memberikan kemampuan luar biasa dalam kehidupan seksual anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Thursday, July 18, 2013

Alvin, Vivian didakwa tiga tuduhan

 

© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Alvin Tan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam berhubung kes mempersendakan Ramadan dan mempamerkan gambar lucah di sebuah laman web yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. 
 
KUALA LUMPUR 18 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerbitkan gambar menghasut umat Islam di bulan Ramadan dan mempamerkan gambar-gambar lucah di sebuah laman web, dua minggu lalu.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasangan itu tidak dibebaskan dengan jaminan sehingga selesai perbicaraan atas alasan kedua-dua tertuduh cenderung memuat naik kandungan yang boleh menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang ramai.
Dengan keputusan itu, Alvin yang berkemeja T warna merah dan seluar jean ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian yang memakai kemeja T warna merah jambu dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Ogos ini.

Pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat setelah mereka berdua ditahan pihak polis ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 1 petang.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada pukul 10.48 malam, tarikh dan tempat yang sama, pasangan penulis blog itu turut didakwa memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 5(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memohon ketiga-tiga kes dibicarakan bersama-sama namun tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesemua pertuduhan itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Menurut beliau, kedua-dua tertuduh turut mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

''Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,'' katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang turut mewakili pihak pendakwaan pula menyatakan, perbuatan Alvin dan Vivian bukan sahaja membangkitkan kemarahan masyarakat malah jika tidak dikawal boleh memusnahkan keharmonian antara masyarakat berlainan bangsa dan agama di negara ini.

''Kedua-dua tertuduh berkemungkinan memuat naik lagi artikel atau gambar yang menyinggung perasaan masyarakat dan ini merupakan perbuatan yang serius dan membimbangkan.

''Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita Google sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,'' katanya.

Peguam bela Chong Joo Tian yang mewakili Alvin dan Vivian bagaimanapun memohon jaminan ditawarkan kepada anak-anak guamnya memandangkan mereka tidak sepatutnya dihukum sebelum disabitkan bersalah atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, July 17, 2013

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit...





Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu-pusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhaen, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak berlebihan. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita-cita besar untuk membelikan kereta Ferrari Spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran Masuk, selepas 7 malam, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk berempat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestilah SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepast u aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Dengan berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi simpankan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat peringkat  ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir mereka boleh buat jauh lebih baik. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fikiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, bingkai dan structure bangunan berselerak tak semengah, sebijik macam kau jalan kat pakir cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?

Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua terbukak. kaki mereka aku tengok merah. Suhu terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pergi Iceland, Alps pun aku tak pernah pergi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. Fateem dengan Faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, katakan RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fikiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/seorang untuk satu permainan. Ada 2-3 permainan yang RM10/seorang. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau bayar RM50, pakailah kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit  aku kena bayar RM10. (RM5/seorang). Itu yang RM5, yang permainan RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 hangus. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagi tau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".

Yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua permainan. Aku rakam Fateem dan Faseeh naik keretapi tu tak sampai pun 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/seorang" untuk permainan yang disenaraikan. Macam aku bagitau tadi, ada setengah permainan" RM10/seorang". Isu kedua timbul bila Faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik Faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Betul-betul belakang Faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake Faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, sengang-senang kena tendang.. suruh keluar... sebab tak lepas ketinggian?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk/merayu dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat Faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"

Pehhh Makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. 
Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Secara rambang, pasti orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus saja dia letak tepi RM5. Memang ada betul yang kau salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? Sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia saja boleh perasan?. Ini nama dia manipulasi.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katalah duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Kecuali kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;

Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.