Bantu Blog ini Hanya Klik/Ketik

Friday, November 25, 2016

Pornografi




Pengenalan

Istilah “pornography” berasal dari “porneia”, perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna “penulisan tentang pelacur”.

Apakah maksud Pornografi?

Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai “porn”, “smut” dan bahan-bahan lucah.

Bolehkah seseorang itu ketagih terhadap Pornografi?

Ya, keadaan ini di gelar ketagihan Pornografi di mana ia melibatkan penggunaan melampau atau penyalahgunaan Pornografi.

Apakah kesan-kesan ketagihan Pornografi?

Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
Ia menggalakkan seks luar nikah
Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks
Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang

Di mana anda boleh mendapat bantuan jika anda terlibat?

Anda perlu berbincang dengan :
Ibu bapa anda
Orang dewasa yang dipercayai
Kaunselor sekolah
Guru sekolah
Doktor

Bagaimana untuk mengelakkannya?
Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
Elakkan tekanan rakan sebaya.Lihat Ketegasan.

Apakah implikasi undang-undang?
Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam Kod Penal
Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment