Ggambaran pocong adalah sangat pelbagai. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Gambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.
Meskipun pocong dalam filem sering digambarkan bergerak melompat-lompat, mitos tentang pocong malah menyatakan pocong bergerak melayang-layang. Hal ini boleh dimaklumi, sebab di filem-filem pemeran pocong tidak boleh menggerakkan kakinya sehingga berjalannya harus melompat-lompat. Keadaan ini pula yang menimbulkan suatu pernyataan yang biasa digunakan untuk membezakan pocong asli dan pocong palsu di masyarakat.
Kepercayaan akan adanya hantu pocong hanya berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Walaupun penggambarannya mengikuti tradisi muslim, umat beragama lain pun ternyata dapat mengakui kewujudan hantu ini.
Menurut
kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila
dikejar oleh pocong. cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau
yang biasa disebut tiarap sedangkan cara kedua adalah jalan
berkelok-kelok sepertinya cacing. Kedua-dua cara ini diyakini sangat
berkesan oleh masyarakat di berbagai daerah.
Pocong sering
kali mewarnai cerpen atau roman bertema misteri. Dalam sinema nasional
Indonesia bergenre horor, pocong bahkan sering kali dihadirkan. Beberapa
bahkan menggunakannya sebagai tajuk.
Kepercayaan
akan susuk yang satu ini membawanya hadir ke dalam skrin lebar. Filem
yang sudah dikeluarkan menggunakan sosok ini diantaranya "pocong" pada
tahun 2005, "pocong 2" pada tahun 2006, "pocong 3" pada tahun 2007, dan
40 Hari Bangkitnya pocong.
No comments:
Post a Comment