Bantu Blog ini Hanya Klik/Ketik

Tuesday, July 16, 2013

Monteith mati, Lea Michele bungkam

TINGGAL kenangan. Michele dan Monteith sempat bercinta selama setahun.


HUJUNG minggu lalu, dunia dikejutkan dengan kematian bintang utama drama muzikal terkenal, Glee, Cory Monteith.

Monteith yang berusia 31 tahun itu ditemui mati di dalam bilik Hotel Fairmont Pacific Rim, Vancouver, Kanada.

Punca kematiannya masih disiasat polis, walaupun gosip liar mengatakan dia mati akibat masalah ketagihan dadah dan alkohol yang teruk.

Sejak Monteith meninggal dunia, satu-satunya insan yang paling rapat dalam hidupnya, sang kekasih, Lea Michele memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. Malah, dia cukup terkejut dengan berita kematian kekasihnya itu.

Bagaimanapun, pihak pegawai publisitinya berkata: "Dia meminta semua pihak memahami situasinya sekarang.

"Dia memerlukan masa untuk bersendirian kerana ini merupakan waktu yang sukar buatnya."

Monteith dan Michele telah berpacaran selama setahun. Michele juga menjadi tulang belakang buat bintang tersebut menjalani sesi pemulihan daripada masalah ketagihan dengan memasuki pusat pemulihan pada bulan Mac lalu.

"Saya menyayangi dia dan akan terus menyokongnya dalam apa juga keadaan," ujarnya.

Pada hari Monteith ditemui mati, Michele menghabiskan hujung minggunya bersama Jennifer Cohen di Las Ventanas di Cabo, Mexico.

No comments:

Post a Comment