Bantu Blog ini Hanya Klik/Ketik

Sunday, February 17, 2013

Hantu pocong main tingkap

Hari ini hari khamis malam jumaat. Jam sekarang pukul 3:14 pagi. Aku tak tidur lagi sebab demam  dari semalam lagi. Suasana bilik aku sekarang ni betul-betul buat akuteringat kembali  pengalaman aku diganggu pocong dulu. Tingkap bilik terbuka luas, kamar sunyi dengan rakan aku yang tengah sedap tidur.


Masa tu aku belajar di kolej matrikulasi johor tahun 2008/2009. Aku dapat bilik tingkat 2, kamar A 2.1 tak silap akulah, dengan rakan kamar aku pada masa tu bijan, naim dan arep. Nak dijadikan cerita aku ni jenis belajar  dapat semangat saat akhir dan siapkan kerja saat-sata akhir. Masa matrik benda paling malas aku nak buat adalah laporan amali makmal. Aku pulak jenis tak suka tiru kerja orang. Jadi kalau esok nak kena hantar ripot amali, malam tulah aku betul-betul gila nak siapkanlaporan amali makmalt aku.


Malam pertama - pukul 2 pagi

Malam tu, dalam pukul 2 pagi. Aku baru lah nak dapat semangat nak buat laporan amali makmal kimia aku yang dah lama tergendala tu. Macam biasa esok nak kena hantar dan seperti biasa malam-malam macam ni rakan kamar aku dah mula tidur. Naim memang selalu tidur awal, bijan pulak tepat waktunya pukul 2 pagi saja dia tidur memang disiplin habis. Arep pulak tak tentu kadang-kadang awal dan kadang-kadang lewat. Malam tu semua tidur dalam pukul 2 pagi. Matrik Johor ni pulak masa jam 12 malam saja kena tutup lampu . Jadi aku pun giat lah nak siapkan laporan amali makmal aku dengan berteman kan lampu meja aku saja masa tu.
Malam pertama - pukul 3 pagi
Masuk pukul 3 pagi aku masih tak tidur lagi biasa dalam pukul 4 pagi baru aku siap jadi barulah boleh tidur.
Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" aku dengar bunyi tingkap bilik aku diketuk. Aku pun toleh belakang untuk tengok kalau ada apa-apa kat tingkap tu . Aku tengok tingkap bilik aku terbuka luas tapi tak ada apa-apa. Aku tengok jam tangan aku tepat pukul 3 pagi. Dalam hati, aku rasa "tak ada apa-apa kut... perasaan aku je" , jadi aku pun sambung buat laporan amali makmal aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali aku dengar tingkap aku diketuk. Kali ni lagi kuat dan kali kedua ni buat aku yakin yang bunyi tu bukan perasaan aku je. Kali ni jugak aku tak toleh belakang untuk melihat kalau-kalau ada apa-apa kat tingkap aku tu. Dalam hati habis aku mencarut " Sial tol! asal la aku yang kena kacau malam-malam ni...  aku duduk tingkat 2 tak kan la ada org nak main tingkap malam-malam ni ". Nak tak nak, aku kena juga siapkan laporan amali makmal aku malam tu. Jadi, aku pun memberani kan diri aku untuk terus siapkan laporan amali makmal aku berbekalkan telefon bimbit walkman yang aku ada, aku pakai earphone dan terus pasang lagu kuat2. Siap laporan amali makmal aku terus tidur mati.
Malam kedua
Malam kedua tak ada apa-apa yang berlaku sebab aku tak ada laporan amali makmal nak kena hantar. "Yeay... ". aku tidur awal malam tu.


Malam ketiga - pukul 2 pagi


Esok nak kena hantar lab fizik "ala... kenalah stay up lagi malam ni....". Malam tu macam biasa masuk pukul 2 pagi rakan-rakan kamar aku dah tidur. Tinggal lah aku kesorangan struggle buat laporan amali makmal aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" skali lagi tingkap aku bunyi seperti diketuk lewat malam-malam ni. Dalam hati, aku reda "kena kacau lagi aku malam ni...". aku tengok jam pukul 3 pagi..."agak bend-benda ni pukul 3 pagi baru aktif... sigh~ . aku pun mula buka laci meja belajar aku dengan harapan ada earphone jadi boleh dengar lagu kuat-kuat. Alamak tak ada pulak. Mana pula aku letak earphone aku ni. Habis rak-rak buku aku geladah tapi tak jumpa. Topo-top aku tekad sambung saja buat laporan amali makmal aku.


Tapi... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali bunyi tingkap aku diketuk terus membuatkan aku seram sejuk   dan tak boleh csambung buat laporan amali makmal aku. aku pun cadang  untuk tidur terus malam tu dan sambung buat laporan amali makmal aku tu pagi esok dalam kelas. Bawah ni aku provide pandangan atas bilik aku kat matrik untuk korang faham situasi yang berlaku selepas ini sebab agak complicated.
Jadi aku pun baring la atas katil aku nak tido. Aku tidur macam kat atas tu. Aku tegakkan bantal aku and peluk macam tu. Aku pun baring-baring la ambil mood nak tido. Nak kata aku ni penakut tak adalah takut sangat, nak kata berani... cuak-cuak juga, jadi kira biasa-biasa sajalah. Susah pulak nak tidur sebab seram-seram sejuk saja kena kacau dari tadi. Tambahan pulak aku nya katil sebelah tingkap. Lagi bertambah-tambah lah cuak aku malam tu. Aku pun pejamkan mata dan tidur. Aku tidur mengadap tingkap sebab aku selesa kepala toleh kanan sambil meniarap... senang tido.

Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali tingkap kaca bilik aku diketuk. Masuk ni dah tiga kali malam ni aku dengar. Dah lah aku sebelah tingkap jadi dah tentu aku bayangkan dan benda ni betul-betul asyik kacau aku. Habis jelas dan yakin lah aku dengar. Aku pun bukan jenis suka buka  tingkap tetapi rakan kamar aku yang selalu buka seluas itu. Memang tingkap ni selalu dibuka sebab udara panas dalam bilik, biar angin masuk. Lama aku tengok tingkap tu. Dalam hati aku pikir " nak tutup ke tak ek tingkap ni?....hmmm kang nasib aku tak baik... tengah-tengah nak tutup tingkap muncul kepala pontianak depan aku naiya je...".

Aku malas nak layan bunyi2 nih jadi aku pun pusing lah kepala toleh ke kiri... mengadap meja belajar aku. Tiba-tiba... aku ternampak dalam cermin ada lembaga putih lalu kat tingkap. Cemas dan berdebar suma perasaan aku rasa masa itu dan benda ni berlaku sangat pantas. Aku nampak kelibat putih tu lalu dalam cermin jadi aku pun terus lah toleh ke kanan untuk melihat apa yang lalu kat tingkap aku tadi.
Tapi... tak ada apa-apa kat tingkap dan masa tu jugak lah aku perasan yang bantal aku bukan berada dalam peluk kan aku. Sebaliknya bantal aku ada di sebelah aku...aku cemas and panik kerana kalau bukan bantal yang aku peluk... apa yang aku tengah aku peluk ni!. Aku pon memberani kan diri untuk menjeling ke bawah, dan dari situ lah aku nampak bahu yang dibaluti kain putih sedang aku peluk dengan rapi. Aku tengah peluk POCONG! "Arghhhhhhhh!!! aku menjerit tapi tiada suara yang dapat keluar dari mulutku. Aku langsung tak berani untuk toleh ke bawah sebab aku yakin kalau aku toleh pasti aku akan ternampak muka pocong ni. Dalam hati habis aku mencarut " Sial la asal la aku kena ni....sial3x!". Aku pejam je mata and cuba untuk lepaskan pelukan aku... tapi semakin aku meronta-ronta untuk melepaskan pelukan aku... semakin kuat aku peluk pocong tu sehingga lengan aku, kiri dan kanan terasa sakit sebab badan pocong tu yang keras macam batu.

Aku mula beristighfar " Astaghfirullahalazim3x ".... aku bukak mata and jeling tapi pocong tu masih lagi dalam pelukan aku. Aku hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Aku mula putus asa sambil memejamkan mata dan berserah kepada Allah aku menyebut2 "Allahu akbar3x..." tiba aku dapat rasakan pelukan aku terlepas dan bila aku buka mata pocong tu dah tak ada. 

Aku sangatlah bersyukur kerana telah terselamat dari gangguan pocong tadi. Peluh mula membasahi badan aku . Aku tengok bijan yang tido disebelah aku tengah nyenyak dibuai mimpi. Aku pun mengambil keputusan untuk terus tidur dan tidak mengganggu siapa-siapa pada lewat malam itu. Aku capai bantal aku semula dan selubung badan aku dengan selimut. Aku pun tidur.

Keesokkan paginya, aku pun ceritalah pengalaman aku diganggu pocong malam tadi kat rakan-rakan kamar aku. Budak-budak praktikum aku dan budak-budak kuliah semua dapat tau. Ada sorang budak praktikum aku ni pelajar PDT (pelajar dua tahun kut... tak ingat sangat) jadi dia pun ceritalah tahun lepas blok B kat KMJ tu ada la kena gangguan pocong tapi ada sorang pelajar ni dia ada ilmu sikit jadi dia pagar... jadi selamat. Blok A yang aku duduk tu bersih tak de cerita pulak. Ustaz aku pulak cakap dalam dunia ni mana ada hantu atau roh yang tak tenang... yang dah mati tak kan bangkit selagi belum tiba hari kebangkitan iaitu hari kiamat. Dalam dunia ni yang ada hanyalah manusia, jin  dan syaitan. Syaitan ni yang suka menyerupai dan menjelma untuk menganggu manusia. Yang penting kita tak lupa meningati Allah . Wallahualam...

Asal Usul Dan Gambaran Hantu Pocong



Ggambaran pocong adalah sangat pelbagai. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Gambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.

Meskipun pocong dalam filem sering digambarkan bergerak melompat-lompat, mitos tentang pocong malah menyatakan pocong bergerak melayang-layang. Hal ini boleh dimaklumi, sebab di filem-filem pemeran pocong tidak boleh menggerakkan kakinya sehingga berjalannya harus melompat-lompat. Keadaan ini pula yang menimbulkan suatu pernyataan yang biasa digunakan untuk membezakan pocong asli dan pocong palsu di masyarakat.

Kepercayaan akan adanya hantu pocong hanya berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Walaupun penggambarannya mengikuti tradisi muslim, umat beragama lain pun ternyata dapat mengakui kewujudan hantu ini.

Menurut kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila dikejar oleh pocong. cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau yang biasa disebut tiarap sedangkan cara kedua adalah jalan berkelok-kelok sepertinya cacing. Kedua-dua cara ini diyakini sangat berkesan oleh masyarakat di berbagai daerah.

Pocong sering kali mewarnai cerpen atau roman bertema misteri. Dalam sinema nasional Indonesia bergenre horor, pocong bahkan sering kali dihadirkan. Beberapa bahkan menggunakannya sebagai tajuk.

Kepercayaan akan susuk yang satu ini membawanya hadir ke dalam skrin lebar. Filem yang sudah dikeluarkan menggunakan sosok ini diantaranya "pocong" pada tahun 2005, "pocong 2" pada tahun 2006, "pocong 3" pada tahun 2007, dan 40 Hari Bangkitnya pocong.

Lihat hantu pocong luar rumah

Wartawan Sinar Harian
hantu pocong

MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kini, selepas hampir dua bulan cerita itu senyap daripada bualan umum, keluarga Mazlan mengalami satu lagi kejadian aneh.

Anaknya, Masliana, 32, mendakwa, dia mampu melihat makhluk halus dan mengesan penyakit pada badan seseorang yang berpunca daripada gangguan atau kehadiran makhluk halus.

Anak kedua Mazlan itu berkata, walaupun mereka sekeluarga bersyukur apabila tidak lagi diganggu, malah tiada lagi tangisan anak kecil di tengah malam, namun dia pula mengalami kejadian pelik selepas gangguan itu.

Perkara itu disedari Masliana yang juga ibu tunggal empat anak kira-kira seminggu lalu selepas dia pergi melawat seorang rakannya yang jatuh sakit, dikenali sebagai Kak Nor di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong.

Kata Masliana, dia ke rumah Kak Nor selepas mendapat tahu rakannya itu mengalami masalah mulut kejang dan sering jatuh sakit belakangan ini.


Rasa ada orang lain dalam tubuh sendiri

“SEBAIK tiba di rumahnya, hati saya berdebar-debar. Malah, apabila berada di sisinya badan saya terasa seram sejuk dan menggeletar.

“Ketika saya menyentuh kakinya pula, saya terus menangis, secara spontan saya memberitahu bahawa dia terkena buatan orang,” katanya.

Masliana berkata, tingkah lakunya juga agak pelik dan ia seolah-olah di luar kawalan.

“Saya rasa seperti ada orang lain dalam tubuh saya.

“Paling mengejutkan, pada malam hari sama saya lihat lembaga berbungkus di luar rumah,” katanya.

Masliana berkata demi-kian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak saudaranya, Nurul Badriah Mohd Syawal, empat bulan.

Majlis diadakan di rumah adiknya, Mohd Syawal, 23, selepas solat Jumaat, di sini, petang kelmarin.


Anggap ujian ALLAH SWT

MENGULAS lanjut mengenai lembaga misteri berbungkus dilihatnya itu, Masliana berkata, kelibat makhluk misteri yang dipercayai mengikutnya dari Kampung Mak Kemas itu akhirnya menghilangkan diri dalam kepekatan malam.

Makhluk dikatakan Masliana hantu pocong itu juga tidak lagi kelihatan sehingga kini.

Justeru, Masliana me-nggagap ia hanya ujian ALLAH SWT, termasuk kelebihan baru pada dirinya iaitu dapat mengesan kehadi-ran makhluk halus pada tubuh badan seseorang.

“Mungkin makhluk halus itu menunjukkan dirinya sebagai amaran agar saya tidak membantu dan memberitahu keadaan sebenar Kak Nor.

“Mungkin juga ini semua berlaku secara kebetulan kerana gangguan tidak lagi berlaku selepas hantu Kak Limah ditangkap,” katanya enggan mengulas kelebihannya yang mampu mengesan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus itu.

Katanya, dia juga me-nganggap kelebihan itu kesan daripada pengalaman dilalui sepanjang tempoh diganggu hantu Kak Limah sebelum ini.


Tidak lagi diganggu

NOVEMBER lalu, keluarga ini hidup dalam keadaan tertekan selepas diganggu lembaga wanita misteri berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik.

Namun, gangguan itu berakhir selepas pengamal perubatan dari Selangor datang menawarkan khidmatnya untuk menangkap jin yang dikatakan mengganggu keluarga terbabit.

Kini, menurut Masliana, misteri hantu Kak Limah tidak lagi mengganggu keluarganya, malah anak kecil yang tinggal di kawasan rumah keluarganya tidak lagi menangis pada waktu malam seperti yang berlaku sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

“Ia termasuk makhluk berbungkus yang saya lihat lebih kurang seminggu lalu itu.

“Makhluk itu juga tidak lagi muncul dan saya anggap semua itu sebagai ujian Tuhan terhadap saya dan berharap keadaan itu tidak berpanja-ngan,” katanya.


Syukur semuanya berakhir

BAPANYA, Mazlan juga masih tinggal bersama lima daripada lapan anaknya di kawasan seluas kurang satu hektar.

Mereka sekeluarga tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di lima rumah di atas tanah milik ketua keluarga itu.

Sementara itu, adik Masliana, Mohd Syawal ketika ditemui, mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan semua pihak dalam mengatasi masalah gangguan hantu Kak Limah sebelum ini dan berharap keadaan aman itu terus kekal.

“Kini, keluarga termasuk bapa kami (Mazlan) bersyukur apabila semuanya sudah berakhir,” katanya.
 

Hantu bungkus pocong

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Status

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.
Lihat juga Hantu dalam masyarakat Melayu.

Kelebihan

Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.
bukan takat bergerak pantas malah boleh meloncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Boleh membawa sial kepada hantu ini, apabila batu nisan diletak dihadapan rumah


Thursday, January 31, 2013

Sharnaaz Tolong Jangan Biadap – ND Lala

Wow. Adakah rasa cinta dan sayang Sharnaaz Ahmad terhadap Shila Amzah tidak mendapat restu daripada ND Lala. Terkejut beruk juga Abang Nara membaca kenyataan ND Lala di Harian Metro hari ini. Nampak macam tengah marah yang amat.

Secara logiknya, ada benar kata-kata yang dikeluarkan oleh ND Lala. Sharnaaz seolah-olah ingin melangkau batas adat resam orang Melayu. Kata ND Lala:-
Saya dan ibu Shilla masih hidup, masih bernyawa. Sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tua. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya. Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu.
sharnaz shila

Betul juga kata ND Lala itu kan? Mungkin yang dimaksudkan oleh ND Lala ialah jangan gebang lebih-lebih sangat selagi tak sah bergelar suami isteri. Kalau tak jadi, diri sendiri yang malu. ND Lala turut sempat memberi sedikit nasihat kepada Sharnaaz.
Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai. Tolong jangan biadap, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka mahu kahwin lari.

Nampak gaya sebelum berkahwin pun sudah ada masalah dengan bakal bapa dan mak mertua. Diharap Sharnaaz dengan segera mengambil balik hati ibu bapa Shila. Kang tak pasal-pasal masuk merisik kena reject. Perlahan-lahan pergi minta maaf dan minta restu daripada mereka. Tak ke gitu?

Thursday, January 19, 2012

Panggilan Hangit Hot FM Dihentikan Kerana Artis Senior Melenting Read more: http://www.nescafeais.com/panggilan-hangit-hot-fm-dihentikan-kerana-artis-senior-melenting

hot fm
Segmen panggilan hangit Hot Fm dihentikan kerana artis tua yang melenting sebab dihangitkan oleh geng2 Hot Fm..macam dah tau je sape artis tua tu..hehehe.Memang bangang, tak reti nak beza gurauan dan serius..Berikut petikan dari RotiKaya.

Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.

Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.

Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.

Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.

Jika kami sebutkan nama artis senior ini di’sini, pasti kami akan turut di’heret bersama dalam isu ini –maklumlah, semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman

Monday, January 9, 2012

Azwan Ali Tweet Kutuk Saiful Gay Lahanat

Azwan Ali Tweet Kutuk Saiful Gay Lahanat – Azwan mengutuk mohd saiful bukhari azlan – tweet panas Azwan Ali
azwan ali
Berikut bukti status twitter azwan ali mengutuk Saiful bkhari GAY BOY
Hari tu isu si diva popular azwan ali disihir oleh dua orang artis.KiniAzwan Ali Tweet pulak status panas dari laman twitter azwan ali sebaik sahaja dato’ sri anwar ibrahim didapati tidak bersalah keatas saiful bukhari pagi tadi.
status twitter itu ternyata sedikit kesat dan mengutuk mohd saiful bukhari azlan dan mendakwa lelaki bekas pembantu peribadi anwar itu seorang lelaki gay.
kes anwar ibrahim liwat saiful yang mengambil masa 3 tahun dibicarakan di mahkamah dan hari ini 9 jan 2012 anwar ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari sebarang tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari. Berita gembira pembebasan ketua pembangkang itu telah membuatkan azwan ali menulis status panas di laman twitter rasminya hari ini.